Posted by: Long Mie | August 28, 2009

Berpindah dan Berandah

We’re Moving! Update your bookmarks to Perlismtb.com


We are in the process of moving Perlis Mtb Club’s Blog over to our own hosting and updating the look and feel. Hopefully you will enjoy the changes. Effective today, we will no longer be posting updates at this site, please update your bookmarks, url links and RSS feed to the new site at

pindah

http://perlismtb.com

Thanks for reading and we’ll see you at the new site !

Kami sedang dalam proses perpindahan Blog ini ke hosting sendiri. Walaupun mendatangkan banyak kerja dan masaalah, namun dengan berat hati terpaksa dilakukan juga. Keputusan ini dibuat kerana memandangkan Blog ini masih lagi baru maka dengan itu perubahan alamat mudah diterima oleh pengunjung. Hosting sendiri  memberikan sedikit sebanyak kebebasan untuk mengolah wajah dan paparan blog disamping data yang diurus sendiri dan tidak lagi bergantung ngan wordpress. Namun begitu banyak cabaran untuk dihadapi kerana terpaksa belajar dan guna banyak plugin yang kena cari sendiri dan selongkar di alam maya kerana wordpress versi hosting sendiri berkeadaan telanjang !

Diharap pengunjung akan terus melawati laman baru kami. Sokongan tuan-puan amat dihargai. Tidak lupa juga penghargaan kepada Adi Harriman diatas urusan perolehan domain dan hosting ini untuk Perlismtb.com . Jumpa disana !!

Posted by: Long Mie | August 25, 2009

Se Petang De Wang Angin

wang-angin-4Wang Angin, satu daerah yang berbukit bukau sudah tak asing lagi bagi para penggemar basikal bukit negeri Perlis. Terletak 11km di Barat Laut bandar Kangar, ianya memberi kemudahan trek petang (kayuhan mula 05:40 ptg) yang ideal kepada kami dengan gabungan tarmac 14km dan offroad 4km pergi balik. Pendakian berjarak 2km dengan kenaikan 200m ini memakan masa 15 -35 minit sementara kayuhan tarmac 7km mengambil masa 25 minit. Kebiasaannya kami mengambil masa 15 minit untuk  berehat dan berhandai-handai di Wakaf yang terletak di atas bukit sebelum berkayuh turun downhill untuk sampai di rumah jam 07:00 ptg.

Trek ini kami jumpai sekitar tahun 2004 dan sejak itu kerap dikunjungi tanpa rasa cemuih. Wang Angin merupakan kawasan dusun buah-buhan yang berbukit bukau, diterokai penduduk tempatan berpuloh-puloh tahun yang lalu dengan tanaman Durian, Manggis, Cempedak, Petai dan yang sewaktu dengannya. Trek ini yang satu waktu dahulu hanyalah denai pejalan kaki dibina untuk kemudahan orang-orang kampong berulang-alik ke dusun masing-masing. Sempadan Malaysia-Thai membelah rabung permatangnya dari Utara ke Selatan menyebabkan pengunjung ke dusun ini mudah terbabas atau sengaja membabaskan diri ke luar negeri.W A 14

Di kaki Wang Angin

Trek offroad nya bermula dengan 300m yang berkecerunan nan manja bagai menyambut  kedatangan kami yang memeriahkan daerah sepi tak berpenghuni ini. Saat untuk kami menukar gear dan persediaan mental untuk jamuan kenduri yang bakal dihadapi. Hidangan (dibaca: Pendakian) bermula dengan selekoh Z (N pun boleh juga) bercerun hampir 40° dengan jarak 50m untuk di krabat , di sini lah ramai pengayuh tumpas kalau tak betul imbangi badan ataupun kekurangan kuasa kuda atau disebabkan badan tak berapa sehat (alasan provokasi Che Ros). Diikuti 150m trek berikut bercerun 20° – 30° dengan 2 selekoh untuk tiba di wakaf pertama di penjuru selekoh dengan pemandangan kawasan sawah padi dan hutan Bukit Bintang saujana mata memandang. Ini sahajalah tempat yang ada view kerana yang selebihnya dilindungi pokok-pokok dan bukit.

Trek seakan memahami, memberi peluang untuk bernyawa (dibaca: bernafas) sejauh 40m yang rata di ikuti pendakian 20° – 30° berjarak 200m juga dengan 2 selekoh sebelum dihidang pendakian curam pendek kedua bercerun 40º dengan jaraknya 20m. Sekali lagi disedekahkan 100m jalan rata bagi memberi peluang rehat untuk mengurangkan cungapan selepas menikmati hidangan kedua ini, kebanyakan riders dah pun bercerau peluh dan bagi yang tak sehat, mula nampak bintang Kejora. Pendakian bahagian ketiga pula berzigzag 3 selekoh dengan jarak 200m berkecerunan sekitar 30°, disini permukaan treknya kasar dengan batu-batu timbul yang licin akibat hakisan air hujan dan sungguh tidak sesuai untuk tempat jatuh kerana munurut rakan yang pernah tewas kat sini, sakitnya terlampau. Melepasi pendakian ini jalan menjadi rata semula sejauh 30m memberi peluang kami menarik nafas lega sekali lagi. Kayuhan disusuli dengan pendakian  40° yang pendek berjarak 25m sebelum dihadiahkan jalan rata sejauh 100m lagi.

W A 11

Tok Wan sedang nak menyayoq.

Stage yang berikut merupakan kemuncak kepayahan, tempat ini kami beri nama jolokan Bukit Panjang. Sesuai dengan namanya, pendakian berjarak 350m dengan 150m pertama bercerun 30° dan baki 200m bercerun 40°. bagi yang average kalau tak pandai budget kudrat maka pasti akan tewas di pendakian ini. Bagi saya setelah bertahun melewati pendakian ini hanya di tahun kedua baru dapat straight kayuh dari bawah hingga ke atas. DSC02211

Suasana dusun buah-buahan, Jika musim buah jenuh makan buah tajaan pengusaha dusun.

Jika bukit ini dapat dilepasi, trek yang selebihnya rileks sikit sebab jalan landai 50m menanti diikuti downhill 100m dan pendakian curam 40° terakhir sejauh 50m lagi (tempat menghabiskan sisa kudrat yang last).  Dihujung downhill 100m menanti singgahsana berbumbung biru yang amat menawan kalbu bagi kami yang tengah kepenatan teramat lalu mencari tempat buat melabuhkan punggung bagi menarik nafas panjang – pueh.

Clip video oleh http://www.omaQ.org


16022008840Begurau dan bersenda: membuatkan kepenatan ini berbaloi.

IMG_0006Gambar kenang-kenangan di point paling tinggi di Trail Wang Angin.

Perjalanan turun adalah hadiah bonanza yang tak tergambar nikmatnya; untuk yang berani dan mahir teknikal boleh sampai dalam masa 5 minit atau kurang. Oleh kerana saya hendak memanjangkan hayat basikal sehingga 20 tahun maka kena lah turun dengan sopan santun lagi sayang menyayangi dan ini menyebabkan depa kena tunggu saya kat bawah dengan rasa hampeh.

Sepanjang kayuhan disini hampir semua dari kami pernah jatuh tergolek-golek terutama ketika turun. Saya pernah terjatuh kerana melanggar anak Ron (arwah Remy) yang tergolek di tengah jalan. Ada yang pernah jatuh lepas kedalam gaung. Tapi yang tak herannya kekawan tolong gelak dahulu baru tolong angkat apa yang patut.

W A 16Trail maintenance: agar nikmat downhill senantiasa terpelihara

Yang pastinya puncak Wang Angin bagaikan Utopia pengayuh basikal bukit. Kejerihan mendaki penuh kepenatan tidak terasa ketika bersantai di puncaknya. Walau di bulan puasa, kami masih sanggup Naik Wang Angin malahan terasa mudah pula.

Interesting Wang Angin’s link:

Posted by: Long Mie | August 20, 2009

2009 Mont St. Anne World Cup Men’s XC – Video Coverage

Video coverage of the men’s cross-country race at the 2009 Mountain Bike World Cup in Mont Ste Anne, Quebec.

Posted by: Long Mie | August 20, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

islamicAssalamu’alaikum Wr. Wb.,

If there is a day, there must be a night
If there is a black, there must be a white
If there is a mistakes, there must be forgiveness

Mata kadang salah melihat …
Mulut kadang salah berucap …
Hati kadang salah menduga …
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada …

Marhaban ya Ramadhan,

Kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah
puasa, semoga lebih baik dari tahun lalu. Amin.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Posted by: Long Mie | August 18, 2009

Pics Of The Day – Hadiah Basikal

INDONESIA

Para peserta memanjat tiang licin untuk mendapatkan hadiah yang diletakkan dipuncak, antara acara yang diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia di Jakarta pada 17 Ogos 2009— Reuters pic

Posted by: Long Mie | August 17, 2009

Takziah

Kelab MTB Perlis dengan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Pak Yusof semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh orang-orang yang saleh. Menurut Ramly SP “Allahyarham Pak Yusof ‘rebah’ & meninggal dunia kerana ‘sakit jantung’ semasa kayuhan melalui offroad Ladang Tebu. Beliau meninggal dunia di atas riba saudara Salehoddin Hamzah rider dari Kelab Perlis MTB yg sempat membisikkan Kalimah Tauhid ‘LailahaillAllah’ kepada Allahyarham Pak Yusof.”

pak yusop (2)Allahyarham Pak Yusof
Al-Fatihah . . . . . Semoga dicucuri rahmat rohnya dan ditempatkan di kalangan hambanya yang soleh.

Posted by: Long Mie | August 17, 2009

History of Mountain Bike

Riding bicycles off-road goes back to the beginning of cycling itself. Road racing cyclists have long used cyclo-cross as a means of keeping fit during the winter, eventually becoming a sport in its own right with the first world championship in 1950. The French Velo Cross Club Parisien (VCCP) comprised about twenty-one young cyclists from the outskirts of Paris, who between 1951 and 1956 developed a sport that was remarkably akin to present-day mountain biking.[2] The Roughstuff Fellowship was established in 1955 by off-road cyclists in the UK.

However the mountain bike has its origins in the modified heavy cruiser bicycles used for freewheeling down mountain trails in Marin County, California, U.S.A. in the mid-late 1970s. At the time, there was no such thing as a mountain bike. The earliest ancestors of modern mountain bikes were based around frames from cruiser bicycles such as those made by Schwinn. The Schwinn Excelsior was the frame of choice due to its geometry. Riders used balloon tired cruisers and later modified them with gears and motocross style handlebars. They were called Klunkers. The term would also be used as a verb since the term “mountain biking” was not yet in use. Riders would race down mountain fireroads, causing the hub brake to burn the grease inside, requiring the riders to repack the bearings. These were called “Repack Races” and triggered the first innovations in mountain bike technology as well as the initial interest of the public. The sport originated in the U.S. state of California, on Marin county’s famous mountain, Mount Tamalpais.

It was not until the late 1970s and early 1980s that road bicycle companies started to manufacture mountain bicycles using high-tech lightweight materials. Joe Breeze is normally credited with introducing the first purpose-built mountain bike in 1978. Tom Ritchey then went on to make frames for a company called MountainBikes which was a partnership between Gary Fisher, Charlie Kelley and Tom Ritchey. Tom Ritchey, with his skills in frame building, also built the original bikes. The company’s 3 partners ran into rough times and finally fell apart at the 1983 trade show. The designs were basically road bicycle frames (with heavier tubing and different geometry) with a wider frame and fork to allow for a wider tire. The handlebars were also different in that they were a straight, transverse-mounted handlebar, rather than the dropped, curved handlebars that are typically installed on road racing bicycles. Also, some of the parts on early production mountain bicycles were taken from the BMX bicycle. The first mass-produced mountain bikes were produced by Specialized in 1983 and were copies of Tom Ritchey’s frames, but they were not fillet-brazed, and were made in Japan. They were configured with 15 gears.

source : www.wikipedia.org

Posted by: Long Mie | August 16, 2009

BERBASIKAL BUKIT

Aktiviti berbasikal bukit melibatkan sukan berbasikal off-road, meredah laluan mencabar, samada menunggang basikal bukit atau basikal road hybrid. Umumnya semua basikal bukit ada ciri-ciri ; tayar knobby lebar, tubing frame yang besar, fork depan atau dual suspension shock absorbers.

Secara kasar mountain biking terbahagi kepada empat kategori; cross country, downhill, freeride dan trials/street. Setiap satunya memerlukan riding gear dan basikal bukit yang tersendiri.

Sukan bercorak individu ini memerlukan ketahanan diri, kemahiran mengawal basikal dan self reliance, dan boleh dijayakan hampir dimana-mana samada di belakang  rumah atau trek hutan. Majoriti penunggangnya berbasikal bukit di trek off-road seperti di kampong, kebun, dusun, trek balak atau hutan. Aspek inilah yang menunjukkan bahawa berbasikal bukit hampir menyamai denai trailing dan  jungle tracking dari sekadar kayuhan biasa basikal. Oleh kerana riders berada jauh dari penempatan manusia dan pertolongan maka wujud etika pergantungan diri sendiri atau self reliance yang menyumbang keunikan tersendiri sukan ini. Riders mestilah melengkapkan diri dengan ilmu membaiki kerosakan kecil basikal, tayar pancit atau rantai putus untuk mengelak dari tersadai jauh dari pertolongan. Keupayaan self reliance makin bertambah dengan bilangan riders yang turut serta. Oleh itu kayuhan anjuran kelab atau kayuhan berkumpulan sudah menjadi pandangan biasa terutama yang berjarak jauh. Keadaan inilah yang menyuburkan penubuhan kumpulan-kumpulan kayuhan dan kelab basikal bukit.

Dengan berbasikal bukit  riders boleh pergi ke tempat yang tak terjangkau sebelum ini, meningkatkan kesihatan diri, memupuk semangat kerjasama,setiakawan,  menajamkan kemahiran bersosial dan menambahkan kenalan dan taulan.

laka selatan 2006

Club’s ride on 22/04/2006 Ulu Pauh.

Posted by: Long Mie | August 14, 2009

2009 Club’s Commitee

SENARAI JAWATANKUASA PERLIS MOUNTAINBIKERS CLUB

BAGI TAHUN 2009/2010

PRESIDEN

USTAZ MARZUKAI BIN IBRAHIM

USTAZ

TIMBALAN PRESIDEN

TN HJ. ABDUL RASHID BIN HJ NAPIAH

rashid

SETIAUSAHA 1

EN. SOHAIMEE BIN MOHD ZAIN

amee

SETIAUSAHA 2

EN. MOHD FIKRI BIN ISMAIL

fikri_A

BENDAHARI

TN HJ. SHUIB BIN YUSOF

shuib

AJK

EN. MOHAMMAD ZABIDI BIN MAT

ZABIDI

AJK

EN. ZAINOL ABIDIN BIN HJ ABDUL HAMID

NOL JKR

AJK

EN. MUHAMAD HAFFIZ BIN HASSAN


AJK

EN. SHUHAIZI BIN SAAD

Shuhaizi

AJK

EN. SALEHODDIN BIN HAMZAH

SALEHUDDIN

JURUODIT

EN. NOR AZMI BIN AWALLAUDIN


JURUODIT

EN. CHE ROS BIN ABU SEMAN

che ros
Posted by: Long Mie | August 13, 2009

The Club

Perlis mtb banner

Perlis Mountain Bike Club is your local cycling club in Northern Peninsular Malaysia, catering for cyclists who are interested in mountain biking and out-door activities.

The club was formed in 2004 and registered with the Registrar of Societies of Malaysia, although not one of the first MTB clubs in Malaysia we certainly were an early one in Perlis. We got together for rides but decided a club was limited if it just organised social runs. We all lived far apart with enough to ride on our own doorstep. What was needed to fuse local riders was a social event.

We organise a full programme of on-road and off-road rides for all abilities. If you don’t race, or you just want to come out for a ride in a group, we organise regular Club Runs. A list of these can be found on the events programme .

We hope to see you at our next meeting!!

Categories